Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Yoshida mahu semua fokus

    DOHA, 27 NOV – Kapten Jepun, Maya Yoshida menggesa pasukannya untuk tumpukan perhatian selepas tewas 1-0 kepada Costa Rica pada Ahad, dan percaya mereka masih mampu mencapai pusingan kalah mati.

    Yoshida berkata skuad Blue Samurai bergelut untuk melupakan keterujaan selepas mengalahkan pasukan gergasi Jerman dalam perlawanan pembukaan mereka, serta sukar untuk bersedia menghadapi Costa Rica, yang dianggap lemah selepas dibelasah Sepanyol 7-0.

    Jepun sekarang memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk mara dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan menentang Sepanyol.

    “Hari ini, kami tidak mempunyai mentaliti yang sama ketika berdepan Jerman, mungkin inilah kesilapan paling besar kami lakukan,” kata Yoshida, selepas tewas kepada Costa Rica yang menjaringkan gol pada minit ke-81.

    “Terlalu mudah untuk mengatakan kami sudah menyerah kalah. Kami harus bersatu padu dan cuba untuk mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan seterusnya.”

    Satu kemenangan akan menyaksikan Blue Samurai melangkah masuk ke kedudukan 16 terakhir, namun Yoshida mengaku mereka berada dalam situasi yang sukar bertemu Costa Rica.

    “Selepas menang besar menentang Jerman dan kekalahan besar Costa Rica menentang Sepanyol, ia merupakan satu situasi yang sangat sukar, secara mental,” katanya.

    Jepun mendominasi permainan dari segi kawalan bola, namun sukar mencipta peluang kerana Costa Rica bermain dengan lima orang pemain pertahanan.

    Sebaliknya, Los Ticos yang menjaringkan gol dengan satu-satunya peluang dalam permainan. – AFP

    Keysher Fuller (kanan), dan Takuma Asano. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...