Younes, Siaw Khim juara Larian Bomba

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Younes Ammouta berjaya menjuarai kategori lelaki dan Tho Siaw Khim pula muncul johan bagi kategori wanita dalam Larian Terbuka 12 kilometer Larian Bomba 2019 yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori terbuka 12 kilometer bagi kategori lelaki dan wanita ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof selaku pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Younes Ammouta membawa pulang hadiah $300 dan piala, tempat kedua ialah Awang Mohd Samsul bin Zamri yang membawa pulang hadiah $200 dan piala serta tempat ketiga ialah Awang Muhammad Nadzri bin Haji Tarsat yang membawa pulang hadiah $100 dan piala.

Johan kategori wanita, Tho Siaw Khim yang membawa pulang hadiah $300 dan piala, tempat kedua ialah Cecilia Maksimon yang membawa pulang hadiah $200 dan piala serta tempat ketiga ialah Lucy Clewes Gurner yang membawa pulang hadiah $100 dan piala. Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, Tho Siaw Khim yang merupakan peserta dari Miri, Sarawak sudah beberapa kali menyertai acara larian di negara ini dan kali ini beliau mencatatkan masa kira-kira 55 minit untuk muncul juara.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Abdul Mutalib menyampaikan hadiah kepada johan kategori lelaki, Younes Ammouta.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Abdul Mutalib menyampaikan hadiah kepada johan kategori wanita, Tho Siaw Khim.