Young, pengeluar terbesar buah ceri Australia

YOUNG – Young lazimnya sebuah bandar Australia yang tenang di mana hanya mempunyai kira-kira 7,000 penduduk, namun sejak kebelakangan ini, Pondok Pembungkusan The Batinich Cherrymore Orchard menjadi sangat sibuk setiap kali masuknya bulan Disember.

Setiap hari Sabtu, berpuluh-puluh pekerja memasukkan buah ceri merah yang besar ke dalam kotak untuk disejukkan, jika kesemuanya berjalan lancar, ia akan dieksport dan dipasarkan ke beberapa buah bandar di dunia seperti China dalam masa 24 jam.

Kurang dari dua jam perjalanan dari ibu negara Australia, Canberra, Young dikenali sebagai ‘Cherry Capital of Australia’ di mana pengeluaran tahunan ceri di bandar ini boleh mencapai sehingga 4,000 tan.

Batinich Cherrymore Orchard merupakan yang terbesar dalam kalangan semua kebun di Young, menghasilkan kira-kira 1,000 tan ceri setiap tahun. “Keluarga Batinich telah menanam ceri selama lima generasi,” kata Matthew Battinich. “Kami berbesar hati setelah dua tahun yang lalu untuk menghantar buah ceri ke China,” tambahnya kepada media.

Sejarah industri ceri bermula di Young sekitar tahun 1860 atau 1870an, apabila keluarga dari bekas Yugoslavia berpindah ke bandar tersebut.

Young merupakan tempat yang sesuai untuk penanaman buah ceri. Kawasan ini sangat sesuai berikutan cuaca yang indah, keadaan iklim yang baik malah kualiti tanah merah mereka juga hebat. – Agensi

Batinich Cherrymore Orchard merupakan yang terbesar dalam kalangan semua kebun di Young, menghasilkan kira-kira 1,000 tan ceri setiap tahun. – Agensi
Sejarah industri ceri bermula di Young sekitar tahun 1860 atau 1870an, apabila keluarga dari bekas Yugoslavia berpindah ke bandar tersebut. – Agensi

Keluarga Batinich berhijrah ke Australia pada tahun 1890an kemudian bekerja dengan sektor hortikultur dengan penanaman anggur dan ceri serta buah plum di mana ia semakin berkembang dari tahun ke tahun, kata lelaki berusia 24 tahun itu kepada media Xinhua.

Tempat ideal untuk ceri

Young merupakan tempat yang sesuai untuk penanaman buah ceri. “Kawasan ini sangat sesuai berikutan cuaca yang indah, keadaan iklim yang baik malah kualiti tanah merah mereka juga hebat, setiap hari adalah panas dan malam yang dingin,” kata Batinich. Anggur tumbuh lebih beberapa dekad yang lalu kemudian diperluaskan kepada 800 hektar tanah malah keluarga Batinich sedang mencari pasar yang lebih besar untuk buah ceri mereka.

Kebanyakan penduduk di Young mempunyai perhubungan yang kukuh bersama dengan China, di mana pendatang China bekerja di kawasan perlombongan tempatan pada pertengahan tahun 1860an. Memandangkan China berkembang pesat sejak beberapa dekad kebelakangan ini, orang ramai menggunakan gaya hidup yang lebih sihat dengan memakan produk yang berkualiti tinggi.

“Di China, kami percaya permintaan ceri Australia cukup tinggi, kerana mereka menyukai ceri yang manis dan sedap,” kata Batinich. Pada tahun lepas, mereka menyampaikan sehingga seperempat ceri mereka ke China.

Batinich Cherrymore bukanlah satu-satunya buah ceri yang dijual kepada China. Menurut Brian Ingram, datuk bandar Hilltops yang meneraju Young, berkata bahawa kesemua kebun tempatan menjual buah ceri mereka dengan cukup baik ke China.

“Apabila buah ceri dari Australia diterima dengan baik di China, ia akan semakin terkenal,” katanya kepada Xinhua. “Ini adalah satu peluang yang baik untuk mengeksport buah ceri ke China,” katanya. “Anda boleh memilih buah ceri di sini, dalam masa 24 jam, ia boleh berada di pasaran China, akan ada rangsangan yang besar untuk ekonomi tempatan kita,” tambahnya kepada media.

Tambahan pula, ekonomi Young sangat bergantung kepada industri ceri. Pada hujung minggu ini, bandar tersebut akan merayakan Festival Kebangsaan Ceri kali ke-70 dengan pelbagai aktiviti yang terdiri daripada makan pai ceri, perarakan jalan dan banyak lagi.

Festival buah ceri

Menurut Ingram, mereka menerima sehingga 12,000 hingga 14,000 pengunjung untuk menghadiri acara tersebut. Ramai pemilik-pemilik kebun menerima kunjungan pelancong dengan menawarkan pengalaman sendiri untuk memilih buah ceri pilihan mereka. Batinich, memakai baju dengan logo buah ceri, juga membantu dengan pembungkusan, merupakan sesuatu yang dia suka lakukan sejak dari kecil lagi.

“Ketika saya masih muda, saya turun dari bas sekolah pada penghujung hari, masuk ke ladang dan membantu dalam pondok pembungkusan kemudian melakukan pemeriksaan buah, melakukannya sedikit demi sedikit,” katanya. “Ia adalah satu keistimewaan yang hebat untuk menjadi sebahagian daripada perniagaan keluarga,” tambahnya kepada media.

Kini, dia mempunyai dua niat, di mana salah satu daripadanya adalah untuk menurunkan perniagaan itu kepada anak-anaknya iaitu untuk generasi yang keenam untuk kebun tersebut. Bercakap tentang keinginan yang lain, dia berharap untuk dapat mengeksport lebih banyak buah ceri ke China dan memastikan bahawa mereka mengeluarkan buah ceri yang berkualiti tinggi untuk komuniti China. – Xinhua