Young tinggalkan United

MILAN, 17 JAN – Permain pertahanan Manchester United bersetuju untuk meninggalkan kelabnya dan meneruskan kariernya di Itali bersama kelab liga Serie A, Inter Milan, menurut laporan kelmarin.

Pemain berusia 34 tahun ini dijangka akan tiba di Itali hari ini bagi tujuan penilaian kecergasan sebelum menandatangani kontrak 18 bulan bersama kelab berkenaan, menurut laporan akhbar sukan, Gazzetto Dello.

Kelab gergasi England, Manchester United akan menerima wang perpindahan sebanyak 1.5 juga euros (AS$1.6 juta) serta tambahan bonus untuk Young yang telah berada di kelab selama lapan setengah musim di Old Trafford sejak dari perpindahannya pada 2011 dari Aston Villa.

Young, yang telah bermain sebanyak 39 kali buat England telah membuat penampilan sebanyak 261 di kelab Liga Perdana dan menjaringkan sebanyak 19 gol sepanjang kariernya. Young juga merupakan ketua pasukan United tetapi hanya diturun sebanyak 10 perlawanan liga sahaja.

Young pernah menjuarai Liga Perdana pada 2013, Piala FA pada 2016 dan Piala Europa serta Piala Liga pada 2017. Dia akan meninggalkan kelabnya yang sekarang berada di tangga ke lima dan 27 mata di belakang pendahulu liga Liverpool. Inter juga yang pernah menandatangani pemain dari United Romelu Lukaku pada musim panas lepas dan Alexis Sanchez sebagai pemain pinjaman.

Pasukan di bawah Antonio Conte berada di tempat kedua Liga Serie A hanya ketinggalan dua mata di belakang Juventus selaku juara bertahan. – AFP

Aksi Ashley Young mengawal bola semasa menentang Wolvehampton pusingan ketiga Piala Liga FA. – AP