YouTube haramkan ancaman ‘tersirat’

SAN FRANCISCO, 12 DIS – YouTube meluaskan lagi dasar antigangguan kelmarin, memasukkan pengharaman ancaman ‘tersirat’ di samping penghinaan berdasarkan bangsa, identiti jantina atau kecenderungan seksual.

“Kami tidak akan lagi membenarkan kandungan yang menghina seseorang berdasarkan ciri-ciri seperti bangsa, ekspresi jantina atau kecenderungan seksual,” kata ketua amanah dan keselamatan global, Matt Halprin dalam pos atas talian.

“Ini membabitkan semua pengguna, daripada individu, pencipta YouTube dan pegawai awam.”

YouTube telah melarang ancaman yang jelas, namun sekarang ancaman yang ‘tersirat’ juga akan diharamkan, menurut Halprin. Tidak ada individu yang harus tertakluk kepada gangguan ganas. – AFP