Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    YouTube ketat peraturan iklan

    San Francisco, 17 Jan – YouTube semalam mengumumkan untuk menguatkan lagi peraturan berkenaan pengiklanan dalam video di mana ia bergelut untuk menghentikan kebimbangan oleh beberapa jenama yang dipadankan dengan kandungan yang mengganggu.

    “Tidak ada penafian bahawa 2017 merupakan tahun yang sukar dengan beberapa isu telah memberi impak kepada komuniti dan rakan kongsi pengiklanan,” menurut naib presiden penyiaran video analitik YouTube, Paul Muret dalam satu kenyataan blog.

    “Cabaran-cabaran yang kami hadapi pada 2017 akan membantu kami untuk melakukan perubahan pada 2018.”

    Saluran-saluran di YouTube akan memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 pelanggan dan 4,000 jam masa menonton antara tahun sebelumnya untuk mendapatkan pengiklanan, menurut Muret.

    Sebelum ini, saluran-saluran di YouTube melalui Program Rakan Kongsi YouTube yang mencapai 10,000 penonton atau lebih akan layak untuk pengiklanan.

    “Kami akan mengambil kira saiz saluran, hubungan penonton dan kelakuan pencipta untuk membolehkan pengiklanan,” kata Muret.

    YouTube juga akan menumpukan kepada spam, salah guna dan beberapa petanda untuk memastikan saluran-saluran itu kekal dalam dasar perkongsian video berkenaan dengan kandungan, menurut kenyataan tersebut.

    Muret juga berkata kajian semula mengenai video itu akan ditambah dalam sistem Google Preferred di mana jenama-jenama menggunakan ruang iklan dengan kandungan YouTube yang popular kepada video yang lebih baik.

    YouTube juga menyediakan pengawalan yang asas untuk pengiklan berhubung dengan di mana iklan itu akan terlihat dan kebebasan termasuk pemeriksaan keselamatan oleh orang luar, menurut Muret. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda