Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    YouTube Live guna peranti mudah alih

    SEBAGAI saingan kepada Facebook dan Twitter dalam arena siaran langsung (live streaming), YouTube telah memperkenalkan ciri siaran langsung menggunakan peranti-peranti mudah alih setelah kira-kira enam tahun menyokng siaran langsung video menerusi komputer.

    Ciri-ciri baru berkenaan membolehkan kandungan pengguna yang salurannya mempunyai lebih 10,000 peminat (subscriber) untuk disiarkan menerusi aplikasi yang direka khas bagi peranti-peranti mudah alih seperti telefon pintar.

    YouTube turut menjanjikan bahawa ciri berkenaan akan diperkenalkan kepada pengguna lain dalam
    terdekat.

    M6 C (2)_110217

    YouTube membuat cabaran kepada Facebook dan Twitter dengan ciri siaran langsung menerusi peranti mudah alih tersendirinya, di mana pengguna yang mempunyai 10,000 pengikut juga boleh mengaut keuntungan tambahan.
    YouTube membuat cabaran kepada Facebook dan Twitter dengan ciri siaran langsung menerusi peranti mudah alih tersendirinya, di mana pengguna yang mempunyai 10,000 pengikut juga boleh mengaut keuntungan tambahan.

    Facebook dan Twitter telah mempunyai keupayaan berkenaan bagi aplikasi-aplikasi mudah alih mereka, mendahului YouTube.

    YouTube telah menambah insentif kewangan dalam bentuk ‘Super Chat’ yang membolehkan bintang-bintang video online mengaut keuntungan daripada peminat-peminat mereka yang sanggup membayar untuk diketengahkan dengan mesej-mesej perbualan mereka ditampilkan dalam warna-warna terang dan diletakkan di atas kotak-kotak teks sembang untuk dilihat pemilik video.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda