Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    YouTube sekat beberapa saluran Rusia

    WASHINGTON, 27 FEB – YouTube mengumumkan kelmarin bahawa ia akan menyekat saluran Rusia tertentu daripada mengaut keuntungan daripada video mereka dalam beberapa sekatan dilancarkan disebabkan serangan Moscow ke atas Ukraine.

    “Memandangkan keadaan luar biasa di Ukraine, kami mengambil beberapa tindakan,” kata jurucakap anak syarikat Google itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

    “Pasukan kami telah mula menyekat keupayaan saluran tertentu untuk mengaut keuntungan di YouTube, termasuk saluran YouTube, RT di seluruh dunia,” kata jurucakap itu yang merujuk kepada saluran berita yang dibiayai negara Rusia.

    Saluran YouTube memperoleh wang melalui iklan yang muncul apabila pengguna menonton video mereka.

    Facebook juga mengumumkan pada Jumaat lalu bahawa ia akan melarang media negara Rusia daripada menyiarkan iklan dan mengaut keuntungan melalui platformnya.

    Negara-negara di seluruh dunia mengeluarkan sekatan luas terhadap perniagaan, bank dan pegawai Rusia selepas Moscow menyerang Ukraine baru-baru ini.

    “Seperti biasa, pasukan kami terus memantau dengan teliti perkembangan baharu, termasuk menilai makna sekatan baharu dan kawalan eksport untuk YouTube,” kata jurucakap platform berkenaan.

    Selain mengehadkan keuntungan, YouTube menambah bahawa ia akan mengehadkan pengesyoran kepada saluran yang sama dan “terus secara aktif memaparkan kandungan berita berwibawa” dalam hasil carian berkaitan Rusia dan Ukraine.

    Video daripada RT dan beberapa saluran lain juga akan ‘disekat’ oleh YouTube, kata syarikat itu.

    Pada awal Februari, Jerman telah melarang RT, yang mendorong Rusia untuk menutup biro Moscow dari saluran media Jerman, Deutsche-Welle.

    RT, yang dibangunkan pada tahun 2005 di bawah nama ‘Russia Today, sering dituduh oleh pihak berkuasa Barat kerana memberikan maklumat yang salah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...