YouTube sekat seminggu lagi saluran Trump

WASHINGTON, 20 JAN – YouTube menyekat muat naik dan komen di saluran Presiden Donald Trump sekurang-kurangnya seminggu lagi ekoran kebimbangan keganasan menjelang pelantikan penggantinya Joe Biden, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Berikutan kebimbangan potensi berlakunya keganasan, saluran Donald J. Trump disekat daripada memuat naik video baharu atau siaran langsung selama minimum tujuh hari.

“Seperti yang telah kami kongsi sebelum ini, komen akan terus dinyahaktif daripada video di saluran itu,” kata syarikat induk YouTube, Google, dalam satu kenyataan. – Bernama