Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    YouTuber bongkar aktiviti penipu

    LONDON, 11 NOV – Pada waktu siang, dia bekerja sebagai jurutera perisian di Ireland Utara, namun pada malam pula dia memburu penipu dalam talian untuk mendedahkan aktiviti mereka.

    YouTuber British, yang menggunakan nama samaran Jim Browning, telah menghabiskan empat tahun memburu penipu yang beroperasi di pusat panggilan palsu.

    Dia melakukannya dengan menggodam komputer mereka dan kamera televisyen litar tertutup (CCTV).

    Pernah sekali, dia mengubah apa yang dikatakan dalam panggilan ‘robocall’ palsu untuk memberi amaran kepada penerima bahawa panggilan adalah palsu.

    Dalam kejadian lain, dia menakutkan seorang penipu yang telah mengakses komputernya.

    Dia berjaya mengawal komputer penipu di India dan menjadikan gambar perkahwinan penjenayah sebagai gambar paparan di komputernya di Britain.

    Browning, yang mempunyai hampir empat juta pelanggan di YouTube, merupakan penceramah jemputan pada Sidang Kemuncak AntiPenipuan Global pada Rabu.

    Persidangan yang berlangsung dua hari itu diadakan di Belanda.

    Bercakap kepada 300 hadirin, Browning berkata tujuan utama saluran YouTubenya adalah untuk mendidik orang mengenai apa yang berlaku semasa berlakunya penipuan.

    “Jika awda melihat penipuan berlaku, ia jauh lebih berkesan daripada memberikan nasihat am seperti ikuti lima langkah berkenaan untuk mengelak daripada terpedaya,” katanya.

    Browning sering menyiar video di saluran YouTube menunjukkan interaksinya dengan penipu dan gambar penipu memperdaya mangsa dari pusat panggilan.

    Dia memasuki rangkaian penipu dengan memberikan mereka akses kepada komputernya secara dalam talian dan seterusnya melakukan tindakan bertentangan yang membenarkannya melihat apa yang berlaku dalam peranti mereka.

    Ini bermakna dia boleh mengetahui identiti sebenar penipu, jumlah wang yang dicuri dan siapa mangsanya. – ANN/The Straits Times

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...