Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    YouTuber popular Thai larikan diri selepas tipu AS$55 juta

    BANGKOK, 29 OGOS – Seorang YouTuber popular Thai yang mengaku sebagai peniaga mata wang asing (forex) yang berjaya dilaporkan melarikan diri ke luar negara selepas didakwa menipu ribuan pelabur sebanyak dua bilion baht (kira-kira AS$55 juta).

    Natthamon Khongchak lebih dikenali sebagai Nutty the YouTuber menipu lebih 6,000 mangsa, menurut seorang peguam yang berkempen membantu mangsa penipuannya, Phaisal Ruangrit.

    Phaisal mengatakan seorang mangsa membuat transaksi bernilai lebih 18 juta bhat (hampir AS$5 juta). Pada 24 Ogos lalu, Phaisal mengetuai 30 orang memfailkan aduan terhadap Nathhamon di Bahagian Jenayah Penindasan Ekonomi.

    Menurutnya, YouTuber itu menggunakan popularitinya menarik mangsa dengan menjanjikan pulangan tinggi dalam masa yang singkat.

    Akaun YouTube Natthamon, Nutty Diary mempunyai lebih 800,000 pengikut namun klip video terakhirnya diterbitkan sekitar lima bulan lalu.

    Dia mengaku membuat kesilapan dalam perniagaan forex dan kerugian semua wang, namun berjanji membayar balik pelaburnya. Dia bagaimanapun kemudiannya mengumumkan tidak dapat membayar mereka kerana dia dipenjarakan selepas disaman.

    Kelmarin, laman popular di Facebook, Drama-addict mengeluarkan posting bahawa Natthamon telah melarikan diri ke luar negara.

    Seorang mangsa dikenali sebagai Nok telah menawarkan ganjaran 1 juta baht kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penangkapannya. Menurut laman itu, ia menerima maklumat Natthamon melarikan diri ke Malaysia. – ANN/The Nation

    Natthamon Khongchak juga dikenali sebagai Nutty the YouTuber dikatakan telah menipu lebih 6,000 mangsa. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...