Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    YPN anjur program kepimpinan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Seramai 76 orang peserta menghadiri Leadership Circle edisi kelapan, Kepimpinan Pasukan dan Pengurusan yang dianjurkan oleh Young Profesional Network (YPN) Brunei secara maya kelmarin.

    Turut hadir sebagai mentor ialah Ketua Sekretariat Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dr Hajah Siti Haziah.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh YPN Brunei bahawa perbincangan itu merupakan salah satu inisiatif organisasi yang dipanggil, Leadership Circle, yang bertindak sebagai sebuah platform bagi mengumpulkan pemimpin pemikir, individu dalam peranan kepimpinan dan mereka yang berada dalam kedudukan pengurusan supaya secara kolektif membincangkan pandangan, cabaran, kesukaran dan amalan dalam kepimpinan.

    Pengasas Bersama YPN Brunei, Dayang Fatin Arifin berkata YPN merupakan sebuah platform komuniti yang bermatlamat untuk mempromosikan dan memperkasakan golongan muda menerusi rangkaian dialog, mentor dan advokasi.

    Beliau menambah pihaknya terus mencabar golongan muda supaya berani menyertai dan tampil ke hadapan untuk menerajui pembangunan serta menerusi Leadership Circle itu, pihaknya ingin menyokong belia kita bagi melengkapkan mereka untuk membina pemikiran yang tepat dan kemahiran untuk memahami tanggungjawab kepimpinan.

    Oleh itu, inisiatif tersebut mengalu-alukan pemimpin pemikir, individu dalam peranan kepimpinan dan belia yang berminat untuk membangunkan kemahiran kepimpinan yang lebih kukuh menerusi perbincangan membina secara maya.

    Tambahan lagi, sesi itu bermatlamat untuk memahami pentingnya kesedaran diri dan bagaimana seorang profesional mempunyai impak ke atas yang lain, bagaimana untuk belajar berkomunikasi secara efektif termasuk kemahiran bagi perbualan yang sukar serta untuk mengenal pasti sifat biasa pemimpin-pemimpin pasukan yang berjaya.

    Antara peserta yang hadir semasa Leadership Circle edisi kelapan, Kepimpinan Pasukan dan Pengurusan yang dianjurkan oleh YPN secara maya. – Gambar serahan YPN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...