YTE rangkul piala bola keranjang RYS

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 16 SEPT – Selepas tujuh hari pertandingan melibatkan enam pasukan, YTE berjaya menrangkul kejuaraan selepas lima kemenangan dalam kejohanan Piala Bola Keranjang RYS Sdn Bhd 2019 yang melabuh tirainya kelmarin.

Kejohanan anjuran Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) dan Rosnah Yusof dan Sons (RYS) Sdn Bhd ini bermula sejak 5 September dan menyaksikan enam pasukan berentap sepanjang tujuh hari.

Pada hari terakhir kelmarin, enam pasukan bersaing satu sama lain untuk kali terakhir dengan perlawanan pertama menyaksikan SDA menundukkan Winrun 87-39 untuk muncul sebagai pemenang tempat ketiga.

Pertandingan seterusnya menyaksikan Wolves menentang CHMS dengan kesudahan 107-56 yang memihak kepada Wolves untuk merangkul tempat kedua dengan empat kemenangan sebelum ini.

Sementara itu, perlawanan akhir malam antara YTE dan Relics amat dinanti-nantikan ketika kedua-dua pasukan bermula garang dalam tempoh pertama. YTE yang lebih tersusun berjaya memimpin dalam tempoh kedua dan melebarkan jurang dalam tempoh ketiga untuk menang 58-32.

Hadir menyampaikan pingat dan piala kepada pemenang ialah Pengurus Jualan dan Pemasaran RYS Sdn Bhd, Sandy Tan Siew Fun selalku tetamu kehormat.

Tetamu kehormat ketika menyampaikan piala kejohanan kepada Pasukan YTE.