Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Yuna berhasrat adakan konsert di KLCC

    Penyanyi berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Yuna berhasrat mengadakan konsert di Kuala Lumpur selepas melihat industri kreatif tempatan kembali rancak dengan penganjuran acara persembahan.

    Yuna atau nama sebenar, Yunalis Mat Zara’ai, 35, yang sudah lebih sedekad membangunkan kerjaya muzik di pasaran antarabangsa, merancang menganjurkan konsert dalam masa terdekat, namun bergantung kepada ruang dan peluang.

    “Saya ada niat tetapi semuanya masih dalam perancangan. Saya teringin hendak buat konsert di Dewan Plenari, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sekali lagi seperti dahulu.

    “Jadi, saya harapkan tahun ini. Saya mencari masa sebab masih dalam prsoses menghasilkan album kelima di AS,” katanya ketika ditemui pada majlis resepsi perkahwinan sahabat baiknya, Aizat Amdan dan Elyssa Alia.

    “Sudah tentu Aizat kahwin, saya kenal dia sangat balik. Alhamdulillah, kisah cinta Aizat ada naik dan turun.

    Yuna teruja melihat industri kreatif tempatan kembali rancak dengan penganjuran acara persembahan. – Agensi

    “Sebagai seorang kawan yang sudah berbelas tahun bersahabat dengannya, saya nampak Aizat lelaki yang menyayangi keluarga. Saya bangga dapat panggil Aizat sebagai kawan rapat dan bekerja dengannya.

    “Sekarang Aizat sudah berumahtangga, saya gembira untuknya. Akhirnya dia jumpa wanita yang sempurna untuknya. Saya lihat Aizat dan Elyssa sangat serasi dan melengkapi antara satu sama lain.

    “Saya juga gembira saya dapat pulang dan meraikan hari istimewa ini dengan semua rakan dan keluarga,” katanya.

    Yuna berkata, dia bekerjasama dengan Aizat menerusi album bahasa Inggeris temannya itu, Ai.Z, dan teruja untuk memperdengarkan bingkisan itu kepada peminat.

    “Album itu akan dilancarkan tidak lama lagi. Saya banyak tolong Aizat jalin kolaborasi dengan penerbit di AS. Kali terakhir Aizat di AS, dapatlah dia bekerjasama dengan produser di sana.

    Pada masa sama, Yuna menggunakan masanya di Malaysia untuk merakamkan muzik video untuk album kelimanya.

    Keputusan Yuna tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman juga membuatkan dia seronok merancang perjalanan karier sendirian.

    “Lebih mudah untuk saya buat keputusan. Sekarang saya ada masa untuk berehat dengan keluarga. Tidaklah saya terlalu kuat bekerja,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...