Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Yuna sudah lali dikritik

    Ketika namanya terus berkembang di bumi Amerika Syarikat (AS), penyanyi Yuna juga tidak terlepas daripada kritikan dan komen pedas warganet yang memperkatakan tentang dirinya.

    Sedar akan hal tersebut, Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 36, tidak pernah mengambil serius tentang kata-kata negatif yang boleh mengganggu fokusnya terhadap karier seninya.

    Malah kata penyanyi lagu Crush ini, selama 15 tahun bertapak dalam industri muzik, Yuna juga sudah lali berdepan dengan situasi sedemikian.

    “Saya tidak pernah baca komen negatif tentang saya. Kenapa perlu ambil tahu perkara yang boleh memperlahankan kerja saya.

    “Apa yang penting adalah saya ikhlas buat kerja dan tidak akan membiarkan perkara negatif memberi kesan kepada diri.

    Yuna berkata dia tidak pernah mengambil serius tentang kata-kata negatif yang boleh mengganggu fokus terhadap karier seninya. – Agensi

    “Tidak mengapalah orang nak bercakap sekali pun. Itu perkara normal… 15 tahun dalam industri saya sudah terbiasa,” katanya kepada wartawan.

    Bercakap tentang perkembangan terbaharunya, Yuna berkata, dia kini sedang bekerjasama dengan penyanyi Aizat Amdan untuk projek terbaharunya di AS.

    Menerusi projek yang memperlihatkan Aizat menggunakan nama Ai.Z itu, Yuna menyumbangkan beberapa lagu dan lirik selain memperkenalkan penyanyi itu kepada penerbit di negara tersebut.

    Tidak hanya itu, Yuna memberitahu dia juga sedang sibuk menyiapkan album terbaharunya selain berharap dapat kembali ke tanah air bagi menghiburkan peminat.

    “Insya-Allah saya mahu mengadakan konsert di Malaysia tetapi sebelum itu saya akan mengadakan konsert jelajah di beberapa buah bandar di Amerika bermula November depan,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...