Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Yusof Haslam dedah kunci kejayaan Syamsul

    Siapa sangka bermula dengan watak kecil sebagai kanak-kanak pemegang bunga manggar dalam filem Maria Mariana pada 1996, pengarah box-office, Syamsul Yusof menunjukkan minat dalam dunia perfileman.

    Bangga dengan kejayaannya, penerbit dan bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam menyifatkan anak lelakinya itu sebagai seorang yang memiliki imaginasi tinggi selain faham dengan selera penonton.

    Justeru kata Yusof, tidak hairan filem terbaharunya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan iaitu mencecah RM71 juta dalam tempoh hanya tiga minggu ia ditayangkan.

    “Syamsul seorang yang bijak bermain dengan imaginasi dan dia dapat tangkap apa kehendak penonton. Selain itu, kreativitinya juga berbeza dan dia telah membuktikan dalam filem-filem arahannya,” katanya kepada mStar.

    Filem terbitan Kembara Studio Sdn Bhd itu menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As’ari, Ali Karimi, Khir Rahman, Wan Hanafi-Su dan Yayan Ruhian.

    Syamsul sebelum ini juga pernah menghasilkan filem-filem box-office seperti Munafik 2 dengan kutipan RM37 juta, Munafik (RM17 juta) dan KL Gangster (RM11 juta).

    Sebagai seorang berpengalaman dalam pembikinan filem, Yusof berkata, dia juga tidak pernah jemu memberi nasihat kepada Syamsul meskipun ada ketikanya berlaku perselisihan faham di antara mereka.

    Yusof turut berharap anak kesayangannya itu akan terus merendah diri meskipun sudah dikenali sebagai pengarah tersohor selain menghasilkan lebih banyak filem bermutu pada masa akan datang. – Agensi

    Syamsul faham kehendak penonton dalam menghasilkan filem. – Agensi
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...