Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Zac Efron jelaskan sebab dagunya melebar

    Bintang Hollywood, Zac Efron akhirnya menjawab spekulasi tentang perubahan wajah, terutama pada bahagian dagunya yang dikatakan telah menjalani pembedahan plastik.

    Gosip mengenai Efron menjalani pembedahan plastik pada bahagian dagu dan rahangnya mula menjadi bualan sejak tahun lalu.

    Namun hanya pada tahun ini, menerusi temubual bersama majalah Men’s Health untuk edisi Oktober, pelakon berusai 34 tahun itu mendedahkan kisah sebenar di sebalik perubahan wajahnya.

    Efron mendakwa dia jatuh dengan teruk semasa berlari sambil memakai stokin di rumah. Dia jatuh dengan dagunya terhantuk kepada batu granit air terjun yang menyebabkan rahangnya mengalami cedera teruk. Dia malah tidak sedar rahangnya patah selepas insiden itu. Akibat kejadian tersebut dia mengalami kecederaan yang serius.

    “Ini (kemalangan) yang membuatkan perubahan besar terjadi (pada bahagian dagu),” katanya. Pemuda yang mula dikenali lewat siri The High School Musical itu bagaimanapun tidak menjelaskan adakah dirinya benar-benar melakukan pembedahan plastik selepas kemalangan yang berlaku. – Agensi

    Efron mendakwa dia jatuh dengan teruk semasa berlari sambil memakai stokin di rumah sehingga mengakibatkan rahangnya patah selepas insiden tejatuh itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...