Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zac Efron tetap kenang perbualan bersama MJ

    BIARPUN tidak pernah bersua muka dengan Michael Jackson (MJ), pelakon Zac Efron pernah mempunyai perbualan penuh emosi dengan legenda muzik itu.

    Memori manis itu dikongsi Efron, 30, pada program bual bicara The Graham Norton Show, baru-baru ini.

    Mengimbau kembali saat itu kira-kira sembilan tahun lalu, pelakon tampan terbabit memberitahu berpeluang berbual dengan Jackson yang menghubungi pengarah filem Kenny Ortega.

    Menurut Efron, ketika itu, dia dan Ortega yang juga pengarah dokumentari Jackson berada di Paris untuk mempromosi filem High School Musical.

    Zac Efron tetap mengenang detik perbualannya bersama dengan Michael Jackson.

    “Telefon bimbit dia berbunyi dan Ortega memberitahu panggilan itu daripada Jackson. Dia kemudian bertanya sekiranya saya mahu bercakap dengan Jackson.

    “Saya tergamam dan turut memberitahu saya peminat fanatiknya. Selepas itu, Jackson meminta saya memberi telefon kepada Ortega,” katanya.

    Bagaimanapun, selepas menyedari Efron bintang High School Musical, Jack-son meneruskan perbualan dan turut memberitahu dia peminat tegar filem itu.

    “Sebaik mendengar kata-kata itu, saya hampir terjatuh dan mula menangis. Jackson turut menangis selepas memberitahu dia adalah inspirasi dan hero saya,” katanya

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda