Zack Steffen dijangkiti COVID-19

LOS ANGELES, 6 SEPT – Penjaga gawang Manchester City, Zack Steffen disahkan positif COVID-19 dan akan terlepas aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia Amerika Syarikat yang akan menentang Honduras, Persatuan Bola Sepak AS mengumumkan semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam sebelum AS dijadualkan beraksi menentang Kanada dalam kelayakan CONCACAF, Persatuan Bola Sepak AS mengatakan Steffen telah dijangkiti koronavirus.

Steffen sebelum ini terlepas perlawanan seri 0-0 menentang El Salvador Khamis lalu setelah mengalami kekejangan semasa dalam latihan minggu lalu. – AFP