Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Zafrul belanja pengikut tonton Imaginur

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz bermurah hati untuk belanja pengikutnya menonton filem terbaharu berjudul Imaginur.

    Menawarkan 50 tiket percuma untuk pengikutnya, Zafrul, 50, memaklumkan tiket filem berkenaan habis ditebus oleh pengikut selepas sejam dia memuat naik tawaran berkenaan.

    Tawaran diberikan kepada pengikut terawal yang menghantar penyertaan menerusi ruangan mesej.

    “Slot telah penuh. Hanya mereka yang berjaya sahaja yang akan dihubungi berserta dengan maklumat program.

    “Terima kasih kepada semua yang telah menyertai,” tulisnya di laman Twitter.

    Sebelum itu, Zafrul menerusi akaun peribadinya menawarkan tiket percuma filem Imaginur kepada pengikutnya.

    “Saya nak belanja korang tonton filem Imaginur, pukul 9:15 malam, Rabu di kawasan Lembah Klang.

    “Jom, kalau nak sertai DM ‘Saya nak tengok Imaginur!’ Siapa cepat dia dapat. Saya nak belanja 50 orang tiket percuma,” katanya.

    Untuk info, Imaginur mengisahkan tentang seorang lelaki yang bermimpi seorang gadis yang kemudian tiba-tiba dapat bertemu di alam realiti.

    Filem arahan Nik Amir Mustapha itu dibintangi barisan pelakon popular termasuk Beto Kusyairy, Diana Danielle, Nadiya Nisa, Fatimah Abu Bakar, Afdlin Shauki, Meor Hashim dan Pekin Ibrahim.

    Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 23 Februari 2023. – Agensi

    Zafrul belanja 50 pengikut bertuah menonton filem Imaginur. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...