Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Zahir rasa cinta terhadap raja

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Dalam menzahirkan rasa kecintaan dan kasih sayang kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bekas penuntut-penuntut Pusat Tingkatan Enam (PTE) Jalan Muara 1975 -1978 telah melancarkan bacaan Al-Quran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-76.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang, Berakas itu ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga merupakan tenaga pengajar PTE Jalan Muara 1975-1978.

    Juga hadir ialah hampir 80 orang lepasan penuntut lelaki dan perempuan PTE Jalan Muara 1975-1978.

    Program yang diungkayahkan buat kali ke-3 itu adalah sebagai cetusan wacana taat setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai seorang raja dan pemimpin tertinggi negara yang berjiwa rakyat.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh tetamu kehormat sebelum bacaan pelancaran dari Surah Al-Baqarah, ayat 1 hingga 25 secara beramai-ramai dengan dipimpin bersama oleh Haji Abdul Wahab bin Haji Safar dan Haji Yakub bin Haji Yusof.

    Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai dengan dipimpin oleh Awang Razman bin Haji Ramlee, bilal Masjid Suri
    Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dan Doa Kesyukuran Khas Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Doa Memohon Perlindungan Allah daripada Wabak COVID-19 turut dibacakan.

    Bekas penuntut PTE telah menubuhkan kumpulan yang dikenali PTE Klasik Jalan Muara 1975-1978 pada 2013 dan sejak itu, kumpulan berkenaan telah bergerak aktif terutama sekali dalam menganjurkan, mengadakan atau mengungkayahkan majlis-majlis yang menjurus kepada keagamaan.

    Hadir sama pada majlis itu ialah mantan Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong yang merupakan penaung bersama majlis dan juga bekas penuntut PTE Jalan Muara.

    Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi hadir bersama tetamu lain pada majlis yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang, Berakas, kelmarin.
    Antara yang hadir pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...