Zahirah & Aiman nikah Khamis ini?

Pasangan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan tidak lama lagi.

Zahiran turut mengakui semakin berdebar dan teruja menanti detik bergelar isteri kepada Aiman Hakim.

Zahirah atau Nur Zahirah MacWilson Zainol, 25, berkata dia tidak berniat untuk merahsiakan mengenai hari bahagia itu, sebaliknya ingin memberikan kejutan.

“Satu momen yang besar dan perjalanan serta cabaran baharu untuk saya. Tunggu dan lihat saja pada hari kejadian.

“Tapi majlis pernikahan saya akan diadakan di Malaysia. Saya bukan tak nak berkongsi atau nak berahsia mengenai perkara ini tapi biarlah ia menjadi satu kejutan. Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan positif kepada kami. Saya gembira kerana semua orang turut gembira,” kata Zahirah kepada media.

Pasangan pelakon, Aiman Hakim dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu dan bakal melangsungkan pernikahan pada Khamis ini. – Agensi

Zahirah ditemui ketika majlis pelancaran filem Bulan Dan Pria Terhebat di Nicsmann, The Starling Mall, Petaling Jaya pada Isnin lalu. Filem arahan Ghaz Abu Bakal yang bakal ditayangkan pada 12 Mac depan turut dibintangi oleh Zizan Razak, Maya Karin, Khir Rahman, Bell Ngasri, Alif Hadi dan Aprena Menrose.

Sementara itu, Zahirah tidak menafikan atau mengesahkan tarikh 20 Februari iaitu Khamis ini merupakan tarikh pernikahan mereka seperti yang ditulis di Instagram Aiman.

Jumaat lalu, Aiman menerusi Instagram memuat naik foto pra-perkahwinan dengan tanda pagar yang tertera nama gabungan mereka serta tarikh penting, 20 Februari 2020.

Dalam pada itu, pelakon drama Curi-Curi Cinta ini memberitahu dia enggan meletakkan sasaran majlisnya bakal menjadi wedding of the year kerana apa yang penting adalah meraikan bersama keluarga dan kenalan rapat.

“Saya tak nak letakkan harapan apa-apa atau sasaran untuk jadi wedding of the year. Sebab apa yang penting, majlis ini lebih untuk meraikan bersama keluarga, media dan kenalan rapat.” – Agensi