PELAKON, Zara Zya meluahkan rasa terharu kepada para peminatnya yang tidak putus-putus bertanyakan khabarnya setelah menjalani pembedahan tempoh hari.
Untuk tidak menambahkan kerisauan peminatnya, dia telah memuat naik gambar parut pembedahannya berserta kapsyen di Instagram.
“Ramai yang tanya kesihatan saya sekarang, Alhamdulillah makin baik, dah boleh gelak-gelak dan seronok-seronok. Tak sangka ramai yang sayang, terima kasih. Ada sisa bengkak sikit sahaja lagi tapi jangan layan sangatlah, saya anggap diri ini sihat. Kena rajin gerakkan muka memandangkan saraf belum pulih sepenuhnya,”tulisnya.

Terdahulu, Zara menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian wajahnya di mana jika dibiarkan, ia boleh mengakibatkan kanser serta melumpuhkan saraf di bahagian wajahnya.
Tambahnya lagi, susulan daripada pembedahan itu juga, dia menghadapi masalah untuk memberikan reaksi muka.
“Dugaan bila saya masih tidak dapat berikan reaksi sebenar, cemburu lihat orang lain sempurna tapi hati ini kuat mengatakan ada yang kena lebih teruk daripada saya. Justeru, saya redha dan yakin akan pulih, semoga penyakit ini tidak akan kembali, “tambahnya.