Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Zarul jarang kongsi kisah peribadi elak kontroversi

    Sekian lama bergelar anak seni, vokalis kumpulan Umbrella, Zarul (gambar), 49, lebih gemar mengamalkan sikap berdiam diri jika berdepan kontroversi.

    Sebagai anak seni, Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin tidak kecuali diuji, namun bersyukur belum pernah terpalit kontroversi sehingga menjejaskan kerjaya.

    “Saya jarang berkongsi soal peribadi, jadi tiada siapa tahu mengenainya. Isteri sangat memahami kerjaya saya sebagai penyanyi dan pelakon.

    “Apa yang boleh saya katakan, kerjaya anak seni ada pasang surut.

    “Jika tidak bernasib baik nama terpalit dengan perkara tidak baik, tetapi saya bersyukur tiada kontroversi buruk sejak dahulu lagi,” katanya kepada BH Online.

    Zarul kini bergelar felo Pusat Latihan Teknikal MEATECH, sejak tahun lalu. – Agensi

    Tambah Zarul, dia sebolehnya akan mengelak berbicara soal peribadi dalam media sosial.
    “Apa yang perlu disimpan, simpanlah,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, Zarul kini bergelar felo Pusat Latihan Teknikal MEATECH, sejak tahun lalu.

    Zarul berkata, dia gembira dapat berkongsi pengalaman sebagai pramugara selama 16 tahun bersama pelajar jurusan penerbangan.

    “Saya berkongsi pengalaman selama satu jam dalam satu sesi dan dua kali dalam sebulan.

    “Saya bukanlah mengajar, sebaliknya lebih kepada berkongsi pengalaman sepanjang 16 tahun berkecimpung dalam bidang penerbangan.

    “Saya buka soalan kepada pelajar yang mahu mendalami bidang ini.

    “Saya banyak menerapkan kerja dalam bidang penerbangan terutama bahagian kaunter dan kru kabin kena ikhlas sebab berdepan de-ngan orang ramai,” katanya.

    Mengulas perasaan berkongsi pengalaman, penyanyi lagu Ramalanku Benar Belaka itu berkata, pengalaman dalam bidang penerbangan bukan seperti kerjaya lain.

    “Saya seronok sebab pelajar takkan tanya pengalaman sebagai artis, jadi inilah peluang untuk saya berkongsi pengetahuan dalam bidang lain,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...