Zayn Malik didakwa lupa asal usul

Bagi meraikan satu dekad perjalanan dalam industri muzik, anggota kumpulan One Direction berkongsi video dan foto menarik mengimbau kenangan mereka.

Namun apa yang menarik perhatian warganet apabila bekas ahli kumpulan iaitu Zayn Malik tidak memuat naik sebarang posting berkaitan ulang tahun berkenaan.

Gara-gara itu, kekasih kepada model terkenal Gigi Hadid ini mula menjadi sebutan kerana tidak memberikan ucapan seolah-olah melupakan kumpulan yang mempopularkannya.

“Sedih tengok Zayn tak muat naik apa-apa tentang One Direction. Adakah tahun sebelum ini tak bermakna buat kamu?,” komen salah seorang pengikut di Instagram.

Hasil carian di akaun tersebut mendapati foto terakhir yang dikongsi Zayn ialah mengenai isu Black Lives Matter pada 3 Jun lalu.

Bersempena ulang tahun ke-10, One Direction yang dianggotai oleh Liam Payne, Niall Horan, Louis Tomlinson dan Harry Styles memuat naik video istimewa untuk peminat di laman YouTube.

Video tersebut menerima lebih 10 juta tontonan dan trending baru-baru ini.

Pada 2015, Zayn Malik mengambil keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut dan bergerak secara solo. – Agensi

Gara-gara tidak memuat naik sebarang posting berkaitan ulang tahun One Direction, Zayn Malik didakwa lupa asal usul. – Agensi