Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zayn Malik ingin ceburi bidang politik

    PENYANYI kelahiran British-Pakistan, Zayn Malik tidak menolak dia akan melibatkan diri dalam bidang politik suatu hari nanti.

    Zayn, 25, memberitahu cintanya terhadap Amerika Syarikat sejak berhijrah dari United Kingdom membuatkan dia memasang cita-cita untuk mewakili rakyat di negara itu.

    “Jujurnya saya terkejut ketika mula-mula datang ke Amerika kerana bayangan saya tentang masyarakat negara ini jauh berbeza dengan apa ditonjolkan.

    “Semua orang yang saya jumpa sangat ramah dan kehidupan di Amerika bukanlah seteruk yang disangkakan.

    Zayn Malik mengakui memang berminat untuk menceburi bidang politik.

    “Saya mula jatuh cinta dengan negara ini dan mengapa tidak kalau saya terlibat dalam politik suatu hari nanti,” katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

    Selepas meninggalkan One Direction pada 2015 yang berpangkalan di London, Zayn berpindah ke Amerika dan bergelar penyanyi solo.

    Zayn yang juga beragama Islam kini menetap di New York.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda