Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Zayn Malik kembali dengan imej berjanggut tebal

    Umum mengetahui hubungan pasangan selebriti terkenal iaitu Zayn Malik dan Gigi Hadid telah berakhir pada Oktober tahun lalu.

    Sejak itu, bekas anggota kumpulan One Direction ini dilihat semakin jarang membuat kemunculan di khalayak dan laman sosial miliknya juga sepi tanpa sebarang muat naik peribadi.

    Terbaharu, Zayn Malik menerusi Instagram berkongsi foto terkini penampilannya yang ternyata berbeza dengan imej ketika dia bersama Gigi.

    Dalam muat naik itu, Zayn tampil dengan wajah berkumis dan janggut tebal mengenakan jaket bersama kaca mata hitam berbentuk bulat.

    Bagaimanapun, penyanyi berusia 29 tahun ini tidak menulis sebarang kapsyen dalam perkongsiannya itu.

    Penampilan terkini Zayn itu mengejutkan ramai pengikut dan rata-ratanya menyukai imej terbaharu penyanyi lagu Better ini.

    Pada 30 Oktober tahun lalu, hubungan Zayn dan Gigi dikatakan sudah berakhir selepas setahun menyambut kelahiran anak perempuan bernama Khai Hadid Malik.

    Menurut sumber perpisahan itu berlaku disebabkan pertengkaran antara Zayn dan ibu kepada Gigi iaitu Yolanda.

    Biarpun tidak lagi bersama namun Gigi dan Zayn tetap bersama-sama menjaga anak mereka dengan baik. – Agensi

    Penampilan terkini Zayn Malik (kiri) setelah lama menghilang gara-gara putus cinta. – Agensi
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...