Zayn Malik nafi pukul Yolanda Hadid

Selepas hubungan Zayn Malik dengan Gigi Hadid berakhir, timbul kontroversi kononnya penyanyi itu memukul Yolanda Hadid.

Ibu kepada Gigi Hadid kemudiannya berniat untuk melaporkan Zayn kepada pihak polis atas tindakannya.

Bagaimanapun bekas ahli anggota One Direction menafikan dakwaan tersebut dan tidak ingin berkongsi lanjut berhubung isu tersebut.

“Saya dengan tegas menyangkal menyerang Yolanda Hadid dan demi anak saya, saya menolak untuk memberikan sebarang kenyataan lebih lanjut.

Zayn berharap isu tersebut dapat diselesaikan secara peribadi dan meminta Yolanda mempertimbangkan kembali tuduhannya yang tidak benar itu.

“Saya berharap Yolanda akan mempertimbangkan kembali tuduhan palsunya dan menyelesaikan masalah keluarga ini secara peribadi,” katanya lagi.

Pasangan Zayan Malik dan Gigi Hadid mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2015 dan Gigi melahirkan anak perempuannya yang diberi nama Kai pada September tahun lalu. – Agensi

Selepas hubungan Zayn Malik dengan Gigi Hadid berakhir, timbul kontroversi penyanyi itu memukul Yolanda Hadid. – Agensi