Zayn Malik pernah anggap Shah Rukh Khan ‘sombong’ sebelum bersua

Raja Bollywood, Shah RukhKhan merupakan salah seorang pelakon dari India yang namanya sering menjadi sebutan dan contoh kepada pelakon-pelakan lain.

Menurut IntepSeleb, Zayn Malik pernah mengelar Shah Rukh Khan sebagai seorang yang sombong dan ini adalah sebabnya.

Dalam satu temu bual sebelum ini di Elle India, Zayn Malik pernah membuat kenyataan mengenai raja Bollywood, Shah Rukh Khan. Zayn dalam temual tersebut juga telah terus terang dan berkata dia bukan peminat tegar raja Bollywood itu.

Menurut IntepSeleb, tidak terhenti di situ, Zayn Malik malah mengatakan bahawa Shah Rukh Khan kelihatan sedikit angkuh dalam setiap filemnya.

“Saya secara peribadi bukan peminat tegar, dia (Shah Rukh Khan) selalu kelihatan sedikit sombong dalam filem,” dedah Zayn Malik.

Menurut IntepSeleb, pertemuan pertama mereka telah menyebabkan Zayn mengagumi perilaku Shah Rukh Khan yang sangat merendah diri.

“Sehinggalah saya berjumpa dengannya. Saya sedar betapa dia merendah diri. Betul-betul menunjukkan sisi berbezanya, bila saya jumpa dia dalam kehidupan sebenar, dia sangat baik,” dedahnya.

Bukan itu sahaja, gambar pertemuan bersama mereka telah dimuat naik di media sosial oleh Shah Rukh Khan. Malah Shah Rukh Khan juga turut mendoakan kesejahteraannya. – Agensi

Zayn Malik turut mendedahkan dia bukanlah peminat tegar Shah Rukh Khan. – Agensi