Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Zelenskyy minta bantuan kenderaan berperisai Australia

    CANBERRA, AUSTRALIA, 31 MAC – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy merayu secara terus kepada ahli perundangan Australia, hari ini untuk meminta bantuan dalam perangnya menentang Rusia, termasuk kenderaan berperisai dan sekatan lebih ketat.

    Zelenskyy telah menghantar mesejnya kepada negara-negara menerusi rayuan videonya seperti yang dipaparkan kepada ahli parlimen Australia. Ahli parlimen memberinya tepukan sanjungan pada permulaan dan akhir ucapannya selama 16 minit.

    Dia menggesa agar kapal-kapal Rusia diharamkan dari pelabuhan-pelabuhan antarabangsa. “Kami perlukan lebih banyak sekatan ke atas Rusia, sekatan berkuasa sehingga mereka berhenti mengugut negara lain dengan misil nuklear mereka,” kata Zelenskyy menerusi penterjemah. Zelenskyy meminta secara khusus bagi kenderaan berperisai empat roda Bushmaster buatan Australia.

    “Awda mempunyai kenderaan berperisai yang sangat bagus, Bushmaster, yang boleh membantu Ukraine, bersama peralatan lainnya,” kata Zelenskyy. – AP

    Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy (skrin) semasa berucap di Parlimen Australia pada 31 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...