Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zenit kecundang, Spartak juara Rusia

    MOSCOW, 8 Mei – Spartak Moscow telah menjulang rekod ke-10 Rusia selepas Zenit St Petersburg mengalami kekalahan 1-0 di gelanggang sendiri kepada Terek Grozny.

    Keputusan itu menempatkan Spartak, memenangi gelaran pertama mereka sejak 2001, kelebihan 10 mata di depan CSKA dengan hanya berbaki tiga perlawanan. Manakala Zenit berada di tangga ketiga dengan ketinggalan satu mata lagi di belakang.

    “Ia satu perasaan yang menakjubkan. Saya hampir menangis ketika ia terjadi,” kata pengurus Spartak, Massimo Carrera, dengan menambah bahawa dia mahu kekal di Spartak musim depan.

    “Saya mahu berterima kasih kepada penyokong Spartak dan kesemua yang menaruh kepercayaan kepada kami dengan kejayaan besar ini.”

    Zenit bermula dengan baik di awal perlawanan tetapi kekurangan ketajaman di depan gawang dan aksi baik daripada penjaga gol Yevgeny Gorodov menyebabkan 30,000 penyokong di stadium baru St Petersburg kecewa.

    Selepas rehat, pemain tengah Zenit, Oleg Shatov mensia-siakan dua peluang keemasan.

    Terek kemudian membuatkan Zenit menyesal apabila penyerang dari Senegal, Ablaye M’bengue memberikan mereka pendahuluan pada minit ke-65.

    Harapan tipis Zenit untuk menyelamatkan hari lesap selepas Shatov diarah meninggalkan padang atas faul profesional ketika perlawanan memasuki enam minit masa kecederaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda