Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zenit tukar venue demi Piala Konfederasi

    MOSCOW, 12 Mei – Zenit St Peterburg menukar perlawanan terakhir mereka dalam liga Rusia dari venue Piala Dunia bagi mengurangkan penggunaan padang untuk persiapan Piala Konfederasi.

    Keputusan itu dibuat selepas satu pemeriksaan pasukan FIFA ke atas stadium berkapasiti 68,000 di pulau Krestovky itu kelmarin.

    Satu kenyataan telah dikeluarkan selepas perbincangan antara para pemeriksa FIFA, Dewan Bandar St Petersburg, kelab dan para penganjur Piala Dunia 2018 mengesahkan pemindahan itu.

    “Ia telah diputuskan bahawa perlawanan antara Zenit dan Krasnodar akan berlangsung di Stadium Petrovsky, bagi membolehkan para penganjur meneruskan persiapan bagi Piala Konfederasi dan menjaga rumput daripada penggunaan tambahan,” umum kenyataan bersama.

    Perlawanan dengan Krasnodar pada 17 Mei sepatutnya perlawanan percubaan ketiga di stadium baru itu menjelang Piala Konfederasi tetapi dua perlawanan Zenit di St Petersburg arena telah membangkitkan beberapa aduan ke atas keadaan padang.

    Ia adalah kebimbangan besar dengan Piala Konfederasi bermula pada 17 Jun dengan Stadium St Petersburg menghoskan empat perlawanan termasuk perlawanan akhir pada 2 Julai.

    Isu padang merupakan masalah terbaru yang menimpa venue baru di bandar kedua Rusia itu, yang juga akan menghoskan perlawanan-perlawanan Piala Dunia 2018.

    Pembinaan arena itu, yang berperanan sebagai gelanggang bagi Zenit St Petersburg, bermula pada tahun 2007 tetapi ia hanya siap pada Disember selepas kenaikan bil dan terlepas tarikh akhir. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda