Zhou Qi terima ‘berita baik’

WASHINGTON, 11 Okt – Pemain penyerang Houston Rockets, Zhou Qi berkata dia menerima ‘berita baik’ dari ujian yang dilakukan terhadap lutut kirinya selepas pemain dari China itu meninggalkan gelanggang dengan menggunakan kerusi roda ketika satu perlawanan pra-musim.

Hanya seminggu sebelum bermulanya musim NBA, pemain berusia 22 tahun, dengan ketinggian tujuh kaki (2.17m) mengalami kecederaan selepas hanya empat minit beraksi dalam kemenangan Houston 128-86 ke atas Shanghai Sharks dalam perlawanan pra-musim malam Selasa lalu di Texas.

Rockets berkata menerusi Twitter bahawa Zhou mengalami kecederaan lutut, tetapi beberapa jam kemudian Zhou menulis dalam platform Weibo bahawa ujian keputusan itu memberikan ‘berita baik’ dan berterima kasih kepada peminatnya atas sokongan mereka.

Zhou, yang beraksi 18 perlawanan bagi Rockets musim lalu, mengalami kecederaan ketika pergelutan mendapatkan bola, dalam apa yang dilihat perlawanan untuk menyerlahkan aksi hebatnya menentang kelab dari bandar kediamannya.

Sebaliknya, malam tersebut berakhir lebih awal apabila kaki kiri Zhou ditekan Luis Scola dari Shanghai.

Zhou, yang menghasilkan dua rebound dalam perlawanan itu sebelum keluar, terus berada di gelanggang beberapa minit dan dikeluarkan dari gelanggang menggunakan kerusi roda menuju bilik persalinan.

Zhou mencatatkan perkadaran 1.2 mata dan 1.2 rebound dalam satu perlawanan musim lalu bagi Rockets. Dia adalah pilihan pusingan kedua yang mencatatkan 43 mata pada keseluruhannya dalam Draf NBA 2016.

“Zhou Qi menunjukkan permainan yang bagus,” kata jurulatih Rockets, Mike D’Antoni.

Zhou menghabiskan tiga musim di China bersama Xinjiang Flying Tigers, membantu mereka memenangi gelaran juara China pada tahun 2017. – AFP

Gambar fail pada 24 september 2018 menunjukkan Zhou Qi dari Houston Rockets bergambar semasa Hari Media pasukan itu di Houston, Texas. – AFP