Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ziana Zain sanggup pegang watak ibu tua

    KUALA LUMPUR – Kesibukan menguruskan keluarga dan perniagaan tidak membataskan penyanyi Ziana Zain untuk kekal aktif dalam dunia hiburan.

    Malah Ziana atau nama sebenarnya Siti Rozaina Zain berkata, dia juga semakin rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera sebagai pelakon.

    “Kalau tawaran yang diberikan sesuai dengan masa dan mempunyai jalan cerita yang bagus, mengapa tidak (kembali berlakon)? Saya sendiri memang rindu nak berlakon lagi. Tapi memandangkan anak-anak masih kecil, saya perlu memilih supaya ia tidak mengganggu tugas sebagai isteri dan ibu,” katanya.

    Tambah Ziana, 49, dia tidak kisah untuk membawakan watak ibu tua walaupun pernah menggalas tugas sebagai heroin menerusi beberapa filem sekuel seperti Sembilu dan Maria Mariana.

    “Janganlah nak demand, kita patut bersyukur dan terima seadanya. Dulu kita tengok orang, sekarang zaman kita pula (bawa watak ibu).

    Selain menyanyi dan berlakon, Ziana juga kini bergelar ahli perniagaan.
    Selain menyanyi dan berlakon, Ziana juga kini bergelar ahli perniagaan.

    “Dengan cara itu kita akan rasa lebih dihargai, dihormati.”

    “Apa yang penting ialah jalan cerita, kalau bagus dan menarik, saya tak kisah,” katanya.

    Kali terakhir Ziana berlakon ialah menerusi tele-filem Mati Tunggu Sekejap arahan Rashid Sibir pada Oktober tahun lalu.

    Namun menurut Ziana, dia lebih selesa untuk berlakon menerusi karya berunsur kekeluargaan berbanding komersial yang terlalu ringan.

    “Sebagai pelakon yang sering disajikan dengan jalan cerita yang lengkap dengan unsur kekeluargaan, pengajaran dan cinta, saya perlu memilih sebelum bersetuju untuk kembali berlakon.

    “Tapi sekarang banyak cerita untuk orang muda. Bagi saya kalau jalan cerita sekadar hiburan tapi tak ada pengajaran… tak menarik juga,” katanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda