Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Ziana Zain selamat jalani pembedahan bariatrik

    Gara-gara masalah saluran ulu hati, penyanyi Ziana Zain akhirnya mendapatkan rawatan dan selamat menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.

    Menurut Ziana, rawatan tersebut dilakukan selepas mendapat nasihat daripada Pakar Bedah Bariatrik iHeal Medical Centre dan KPJ Ampang Puteri iaitu Dr Mustafa Mohamed Taher.

    “Syukur Alhamdullilah Kak Ziana dah selamat menjalani rawatan untuk gastrik Kak Ziana. Dr Mustafa menjelaskan angin yang selalu menyerang Kak Ziana rupanya berpunca daripada saluran ulu hati yang dah longgar.

    “Jadi, cecair gastrik boleh senang masuk ke saluran itu.

    “Alhamdulillah berkat daripada kepakaran Dr Mustafa, Kak Ziana dapatlah menjalani kehidupan seperti biasa.

    Ziana selamat menjalani pembedahan bariatik disebabkan masalah gastrik yang dihadapinya. – Agensi

    “Insya-Allah bebas dari gastrik dan tekanan darah tinggi Kak Ziana kembali normal, Amin,” kata Ziana.

    Sebelum ini, penyanyi lagu Anggapanmu itu berkongsi pertemuannya dengan Dr Mustafa berkenaan dengan masalah penyakit gastritis atau gastrik yang dialaminya pada Rabu lalu.

    Kata pemilik nama Siti Roziana Zain ini, dia berdepan masalah perut cepat berasa tidak selesa akibat angin dalam badan sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.

    Dalam pada itu, penyanyi berusia 53 tahun ini memberitahu pembedahan pintasan usus (bariatrik) yang dilakukan bukan hanya untuk penurunan berat badan sahaja.

    Malah, kaedah perubatan itu juga dapat merawat penyakit gastritis atau gastrik, kolesterol dan kencing manis (diabetis).

    “Mungkin ramai yang berfikiran bahawa rawatan bariatik ini hanya untuk penurunan berat badan, sebenarnya ia juga boleh merawat penyakit gastrik, kolesterol dan diabetes juga.

    “Rupa-rupanya banyak penyakit yang berpunca daripada permasalahan perut.

    “Bagi Kak Ziana yang penting kita kena cegah sebelum parah.

    “Terima kasih kepada doktor dan semua pekerja hospital yang menjaga Kak Ziana sepanjang Kak Ziana disana,” ujarnya.

    Selain Ziana, penyanyi Aishah turut mendapatkan khidmat doktor yang sama untuk pembedahan pintasan usus (bariatrik) yang dilakukan pada sekitar 2018. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...