Zidane adakan latihan pertama

MADRID, 14 Mac – Zinedine Zidane mengadakan sesi latihan pertama sejak kembali menjadi jurulatih Real Madrid, kurang daripada 10 bulan selepas mengundur diri pada penghujung Mei 2018.

Zidane, yang membawa Real Madrid merangkul tiga kejuaraan Liga Juara-Juara dalam dua setengah musim mengendalikan kelab itu, mula membuat persediaan untuk perlawanan La Liga Sabtu ini di Celta Vigo.

Madrid beraksi tanpa beberapa pemain yang diketepikan akibat cedera seperti Vinicius Jr, Dan Carvajal, Marcos Llorente dan Lucas Vazquez, masing-masing sedang dalam pemulihan daripada kecederaan otot, sementara Casemiro terlepas aksi pertama Zidane kerana digantung perlawanan.

Gareth Bale, yang menjadi tumpuan berhubung dengan masa depannya di Real, dikecam oleh sekumpulan penyokong tatkala dia tiba di tempat latihan Valdebebas dan semua orang mahu Bale meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Terlalu banyak spekulasi, antaranya berita mengenai pemain tengah Isco akan kembali membarisi kesebelasan utama Real di bawah kendalian Zidane, manakala Marco Asensio berkemungkinan akan kembali memberi impak pada musim ini. – Xinhua