Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zidane bakar semangat Real

    MADRID, 17 Mei – Menjelang pertemuan menentang Celta Vigo, Zinedine Zidane (gambar) semalam memberi amaran bahawa Real Madrid perlu menahan rasa gemuruh dalam persaingan merebut gelaran La Liga.

    Real menyamakan kutipan 87 mata dengan Barcelona tetapi Barca menikmati rekod yang lebih baik, skuad Zidane memerlukan empat mata daripada dua baki perlawanan bersama Vigo dan Malaga pada hujung minggu.

    “Kami tidak merasakan seperti juara. Kami tidak akan relaks. Kami belum memenangi apa-apa lagi,” Zidane memberitahu sidang akhbar.

    “Sukar kerana Celta adalah pasukan yang bagus. Kami tahu mereka pesaing yang bagus dan sama seperti menentang Sevilla dan Malaga.

    “Saya boleh memastikan kami perlu mengekalkan fokus,” katanya yang juga mengesahkan Cristiano Ronaldo hanya akan menyertai persaingan menentang Vigo jika diperlukan. “Dia akan bersama kami esok,” Zidane mengesahkan.

    “Isco, Cristiano Ronaldo dan Lucas Vazquez akan beraksi jika mereka perlu. Mereka akan melakukan yang terbaik untuk tidak mendapatkan kad. Anda perlu positif,” katanya.

    Real juga menghadapi Juventus pada final Liga Juara-Juara dalam tempoh 18 hari di mana mereka berharap untuk penyerang Ronaldo mempamerkan segalanya. Jurulatih dari Perancis itu ditanya jika dia merasakan dihargai oleh kelab gergasi Sepanyol.

    “Saya rasa semua gembira dengan saya. Buat masa sekarang saya tidak memikirkan masa depan. Buat masa sekarang saya tidak bimbang.

    “Apabila saya berada dalam bilik persalinan saya menikmati segala yang saya lihat dan lakukan, tidak seorang pun akan merampasnya dari saya,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda