Zidane beri amaran ‘kami belum menang’

MADRID, 2 JULAI – Zinedine Zidane memberi peringatan kepada pasukannya Real Madrid semalam untuk tetap fokus jika mereka ingin merebut gelaran liga menjelang pertemuan La Liga mereka menentang Getafe.

Madrid mendahului La Liga satu mata di atas Barcelona setelah memenangi kesemua lima perlawanan sejak musim liga kembali semula bulan lalu.

Real mempunyai kelebihan satu perlawanan di tangan mereka berbanding Barcelona dan memiliki rekod kemenangan yang lebih baik untuk menentukan gelaran juara liga.

Meskipun Real mempunyai aksi yang lebih baik daripada Barca, yang seri 2-2 menentang Atletico Madrid pada perlawanan baru-baru ini, Zidane memberi amaran bahawa gelaran belum dapat dipastikan lagi dalam genggaman mereka jika mereka kehilangan momentum.

“Tugas saya untuk memberi amaran kepada mereka bahawa anda belum memenangi apa-apa. Ini adalah peringatan. Kebenaran mengenai perkara ini,” kata Zidane kepada wartawan semalam.

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane ketika memberikan arahan kepada pemainnya semasa perlawanan La Liga antara Real Madrid dan Valencia di Stadium Alfredo, Madrid, Sepanyol, pada 18 Jun. -AP

“Tinggal hanya berbaki enam perlawanan sahaja lagi dengan 18 mata untuk dipertaruhkan. Kami hanya satu mata di depan.

“Berada di landasan yang betul adalah satu perkara, tetapi kami harus mengulanginya hingga musim berakhir.”

Real tanpa Eden Hazard, yang diketepikan dari skuad utama untuk menentang Getafe di Santiago Bernabeu esok.

“Kita tidak perlu panik,” kata Zidane mengenai keadaan Hazard. “Saya tidak ragu-ragu bahawa Eden akan cepat sembuh.”

Zidane mempunyai rekod yang mengagumkan dengan Real Madrid, memenangi tiga Liga Juara-Juara pada musim terakhirnya sebagai pengurus. – AFP