Thursday, October 10, 2024
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zidane: Real Madrid tidak perlukan pemain baru

    MADRID, 27 Ogos – Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan bahawa dia tidak akan menambah pemain baru dalam skuadnya dalam minggu terakhir jendela perpindahan meskipun krisis pertahanan yang bertambah menjelang perlawanan menentang Valencia awal pagi Isnin.

    Jurulatih dari Perancis itu hanya akan mempunyai seorang pemain pertahanan tengah yang cergas untuk dipilih, dengan Raphael Varane dan Jesus Vallejo cedera, sementara kapten Sergio Ramos digantung satu perlawanan kerana mengutip kad merah ke-23 dalam kerjayanya ketika kemenangan ke atas Deportivo la Coruna hujung minggu lepas.

    “Dengan pasukan yang saya ada, saya tidak perlukan orang lain,” kata Zidane. “Kami sudah bersedia.”

    Sekiranya Real tidak memasuki pasaran kali ini, juara bertahan Eropah itu akan meraih keuntungan dalam pasaran musim panas ini, sementara sejumlah besar pesaingnya bagi Liga Juara-Juara di seluruh benua berbelanja sakan. Madrid meneruskan dasarnya dengan menyambar bakat-bakat muda di Sepanyol dengan menandatangani Dani Ceballos dari Real Betis dan menjadikan Theo Hernandez pemain pertama untuk menyeberang ke Madrid dari Atletico sejak 2000.

    Bagaimanapun, mereka memperoleh tunai dari letusan Liga Perdana dengan penjualan Alvaro Morata dan Danilo masing-masing ke Chelsea dan Manchester City, sementara James Rodriguez menyerta Bayern Munich melalui pinjaman selama dua tahun. Sebahagian besar musim panas Madrid didominasi dengan khabar angin mengenai masa depan Cristiano Ronaldo. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda