Zidane sasar 3 kejuaraan

MADRID, 12 Jan – Bos Real Madrid, Zinedine Zidane sekali lagi tidak memasukkan Cristiano Ronaldo dalam skuadnya bagi kunjungan ke Sevilla Jumaat ini dengan membawa kelebihan pendahuluan 3-0 bagi pusingan 16 pasukan terakhir kedua Copa del Rey.

Madrid yang bermain tanpa Ronaldo pada perlawanan pertama dengan dua jaringan James Rodriguez dan satu Raphael Varane meletakkan Real dalam keadaan yang selesa.

Skuad Zidane masih tanpa kalah dalam 39 perlawanan dalam semua persaingan dan mampu mencatatkan rekod baru jika mereka dapat mengelakkan kekalahan bagi perlawanan ke-40 di Sanchez Pizjuan.

Setelah memenangi Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab musim ini, Zidane mengakui tiga kejuaraan La Liga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara adalah sasaran Real bagi kempen kali ini, tetapi berwaspada kerana perjalanan masih panjang.

“Tiga kejuaraan adalah objektif kami, tetapi ia masih jauh. Apa yang penting adalah bekerja keras,” kata Zidane. – AFP