Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Zii Jia bergelut cari momentum

    KUALA LUMPUR, 31 OGOS – Hasrat jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia mengubati kekecewaannya pada Kejohanan Badminton Dunia minggu lepas tidak kesampaian selepas tewas seawal pusingan pertama Terbuka Jepun, hari ini.

    Pada perlawanan berlangsung di Maruzen Intec Arena di Osaka itu, Zii Jia gagal dalam misi untuk bangkit apabila tewas kepada pemain bukan pilihan dari India, Srikanth Kidambi menerusi kekalahan straight set 20-22, 21-23 dalam tempoh 38 minit.

    Pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, cabaran Zii Jia terkandas di pusingan ketiga. 

    Keputusan itu sekali gus menyaksikan Srikanth yang berada di ranking ke-14 dunia berjaya merapatkan rekod kemenangan 1-2 sepanjang tiga pertemuan berdepan Zii Jia yang kini menghuni ranking keempat dunia.

    Pada pusingan kedua, Srikanth dijangka bertemu pemain Taiwan, Wang Tzu Wei atau pemain Jepun, Kanta Tsuneyama yang akan bertemu dalam pusingan pertama hari ini.

    Sementara itu, pertemuan membabitkan dua pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Chan Peng Soon-Cheah Yee See berakhir dengan keputusan 21-10, 21-14. – Bernama

    Aksi Lee Zii Jia pada perlawanan pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil pada Jun lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...