Zii Jia harapan Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 JULAI – Perhatian seluruh peminat badminton Malaysia pastinya tertumpu kepada persembahan pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan juga rakan sepasukannya dalam usaha mereka meraih pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020, apabila pertandingan badminton di temasya sukan itu bermula esok.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kini terpulang kepada mereka untuk mempamerkan persembahan mantap, selepas segala persediaan terbaik mungkin telah dilaksanakan oleh pihak persatuan.

“Ia termasuk satu fasa latihan sebelum bermula Olimpik, serta penyertaan dalam pelbagai pertandingan dalam usaha memberi pendedahan kepada pemain, dan memberikan mereka pengalaman berharga, bersaing dengan antara pemain terbaik dunia.” – Bernama