Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Zii Jia jalin kerjasama dengan Victor

    KUALA LUMPUR, 24 FEB – Seperti yang dispekulasikan sebelum ini, perseorangan badminton nombor satu Malaysia, Lee Zii Jia menjalin kerjasama dengan syarikat peralatan sukan dari Taiwan, Victor.

    Victor dan pemain ranking ketujuh dunia itu mengesahkan kolaborasi tersebut menerusi laman sosial Instagram mereka hari ini, namun tidak mendedahkan butiran kontrak.

    “Selamat kembali ke keluarga Victor, @leeziijia. Victor dengan bangganya mengumumkan kolaborasi kedua bersama jaguh Malaysia ini.

    “Kami tidak sabar untuk mencipta lebih banyak memori bersama pada tahun-tahun mendatang,” menurut syarikat itu.

    Sementara itu, atlet berusia 23 tahun berkenaan berkata: “Apa yang menarik hati saya ialah profesionalisme dan dedikasi Victor. Mereka juga percaya dan sentiasa bersama saya, membuatkan saya berasa selesa (bersama syarikat ini).” 

    Victor adalah penaja utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak 2015 apabila kedua-dua pihak tersebut menandatangani perjanjian enam tahun bernilai RM60 juta, sekali gus menamatkan kerjasama selama 15 tahun badan induk itu bersama syarikat terkenal jenama Jepun, Yonex. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...