Friday, August 19, 2022
30.5 C
Brunei

Zii jia mulakan kempen jelajah dunia akhir BWF

-

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Pemain perseorangan lelaki utama Malaysia, Lee Zii Jia memulakan kempen saingan Jelajah Dunia Akhir BWF dengan langkah kanan setelah menewaskan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pada aksi pembukaan Kumpulan B di Bali, Indonesia hari ini.

Walaupun ketinggalan 6-9 pada peringkat awal permainan, Zii Jia yang juga pemain nombor lapan dunia itu kembali mengejar untuk mendahului satu mata sebelum berehat dan meneruskan rentak untuk menang set pertama 21-15.

Keadaan sama berlaku pada set kedua apabila Zii Jia bermula agak gugup setelah Kunlavut mendahului dengan empat mata, 11-7 sebelum berehat, namun kecederaan jari yang dialami pemain Thailand menyebabkannya ketinggalan 14-16 sekali gus membolehkan pemain Malaysia meraih kemenangan 21-16.

Dalam pada itu, beregu wanita Malaysia Pearly Tan-M. Thinaah berhadapan kesukaran kerana gagal mengatasi gandingan nombor empat dunia Kim Soyeong-Kong Heeyong dari Korea Selatan pada aksi Kumpulan A. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -