Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Zii Jia sah sertai Terbuka Singapura 2022

    SINGAPURA, 31 MEI – Jaguh badminton perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia akan beraksi dalam kejohanan Terbuka Singapura 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 17 Julai ini di negara seberang tambak itu.

    Menurut Persatuan Badminton Singapura (SBA), turut sama bersaing dengan Zii Jia antaranya adalah pemain perseorangan lelaki Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dan Jonatan Christie pada kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah AS$370,000 itu.

    Terbuka Singapura 2022, acara badminton terbesar dan paling berprestij di Singapura itu kembali dianjurkan selepas berehat selama dua tahun akibat pandemik COVID.

    SBA dalam kenyataan kelmarin turut memaklumkan lebih separuh daripada pemain lelaki terbaik dunia telah mendaftar untuk kejohanan itu termasuk pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dan nombor tiga dunia Anders Antonsen, kedua-duanya dari Denmark dan pemain Singapura, Loh Kean Yew yang berjaya menembusi senarai 10 pemain terbaik dunia.

    SBA menekankan Malaysia dan Indonesia juga akan diwakili beregu lelaki terbaik mereka.

    Gandingan Malaysia, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi akan menguji ketangkasan mereka menentang pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo dan beregu nombor tiga dunia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan.

    Menurut SBA lagi, Indonesia adalah negara paling berjaya di Terbuka Singapura apabila memenangi 58 gelaran sejak 1960, diikuti China (53), Malaysia (33) dan Singapura (17). – Bernama

    Pemain badminton perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia dijangka akan memberikan tentangan hebat dalam Terbuka Singapura 2022. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...