Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Zii Jia tepati ramalan ke suku akhir

    KUALA LUMPUR, 9  JUN – Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Stadium Istora Senayan, Jakarta, hari ini.

    Pemain di ranking kelima dunia tersebut mengambil masa selama 37 minit untuk menewaskan Mark Caljouw dari Belanda dengan keputusan 21-17, 21-14.

    Juara All-England 2021 itu akan berdepan perseorangan utama tuan rumah, Anthony Sinisuka Ginting yang menumpaskan pemain Thailand, Sitthikom Thammasin 21-13, 21-14. 

    Sementara itu, beregu nombor satu wanita Malaysia, Pearly Tan dan M Thinaah bangkit daripada ketinggalan pada set pertama untuk menundukkan Baek Ha Na dan Lee Yu Lim dari Korea Selatan dengan keputusan 21-23, 21-17, 21-15.

    Mereka akan menentang gandingan Thailand, Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai yang mengecewakan beregu Indonesia, Anisanaya Kamila dan Az Zahra Ditya Ramadhani, 21-6, 21-15. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...