Zii Jia tersingkir awal Terbuka Indonesia 2021

KUALA LUMPUR, 23 NOV – Pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia (gambar) sekali lagi mengalami kekecewaan apabila tersingkir awal pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2021 di Bali hari ini.

Pemain berusia 23 tahun itu tewas kepada pemain Denmark Rasmus Gemke walaupun pada awalnya menguasai set pertama dengan 21-11, sebelum Gemke bangkit memenangi set kedua dengan 25-23 sebelum menang perlawanan penentuan 21-16.

Ini adalah kekalahan kedua Zii Jia kepada Rasmus selepas tersingkir pada pusingan pertama Masters Indonesia pada 16 Nov lepas, setelah terpaksa menamatkan saingan pada kedudukan 9-11 akibat kecederaan belakang dialaminya.

Mengulas mengenai perlawanan hari ini, Hendrawan mengakui Rasmus bermain dengan lebih baik daripada Zii Jia dalam dua set berikutnya.

Bagaimanapun, jurulatih dari Indonesia itu berkata beliau berasa lega kerana Zii Jia tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan yang baik selepas perlawanan hari ini. – Bernama