Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Zii Jia tiada masalah dengan pelantikan Tat Meng

    KUALA LUMPUR, 25 MEI – Lee Zii Jia tidak mempunyai masalah besar berhubung pelantikan Wong Tat Meng sebagai jurulatih baharu pemain perseorangan profesional Malaysia itu.

    Apa yang lebih penting kata Zii Jia ialah hakikat bahawa Tat Meng merupakan jurulatih tempatan yang mempunyai ciri-ciri diperlukan untuk membantu pemain nombor satu dunia itu merealisasikan impian mengejar emas Olimpik buat negara di Paris 2024.

    “Saya tak rasa ia isu besar, kita teruskan dan cuba jadi positif kerana akhirnya saya mempunyai jurulatih.

    “Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya gembira dengan berita ini dan jurulatih saya pun orang tempatan, jadi mari kita saling membantu untuk mengejar impian Olimpik.

    Diharapkan beliau dapat membawa saya selangkah lebih tinggi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Malaysia Masters 2023.

    Pemain badminton berusia 25 tahun itu berkata demikian mengulas hantaran media sosial oleh pemain perseorangan lelaki nombor satu, Hong Kong Angus Ng Ka Long, yang melahirkan kekecewaan apabila Tat Meng meninggalkan pasukannya, membuatkan mereka berdepan situasi yang sulit kerana sedang membuat persiapan untuk Sukan Asia di Hangzhou, China dari 23 Sept hingga 8 Oktober.

    Zii Jia berkata pelantikan Tat Meng dilakukan mengikut undang-undang dan semua usaha untuk mencapai kesepakatan dengan jurulatih berusia 55 tahun itu bermula apabila beliau ke Hong Kong untuk menjalani latihan singkat dengan skuad perseorangan lelaki pada April lepas.

    Ditanya mengapa Tat Meng menjadi insan terpilih, atlet berasal dari Kedah itu berkata bekas jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan itu mempunyai pengalaman luas di luar negara termasuk membimbing Korea Selatan sehingga menjuarai Piala Uber edisi 2022. – Bernama

    Aksi Lee Zii Jia semasa perlawanan Kejohanan Piala Presiden 2023, 7 Mei. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...