Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Zila Bakarin gemar watak antagonis

    Sering diberi kepercayaan membawa watak antagonis, Zila Bakarin, 47, tidak peduli jika peminat drama Melayu membencinya.

    Aktres yang sudah lebih dua dekad berkecimpung dalam dunia seni itu mengaku lebih gemar membawa watak antagonis kerana agresif dan mencabar. Zila atau nama sebenar, Rosmawati Bakarin berkata, sejak berhijab kira-kira dua tahun lalu, tawaran menjayakan watak antagonis kurang diterima.

    Namun, rasa ‘gian’ membawakan watak sedemikian terlerai apabila Zila ditawarkan memegang karakter Melur dalam drama terbaharu, Bila Hati Memilih Dia yang disiarkan slot Samarinda setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di TV3.

    Bagaimanapun, Zila pada mulanya menyangka hampir terlepas peluang untuk beraksi dalam drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu apabila selepas perbincangan pertama, syarikat produksi mendiamkan diri agak lama. Namun, ternyata rezeki berpihak kepadanya apabila dia mene-rima maklum balas daripada syarikat produksi terbabit.

    “Alhamdulillah, syarikat produksi dan stesen televisyen (TV) semakin terbuka menerima wanita bertudung untuk membawakan watak antagonis. Ini kali pertama saya ditawarkan watak jahat selepas bertudung.

    “Sebenarnya, saya menyangka terlepas peluang kerana syarikat produksi mungkin sudah ada calon lain disebabkan saya bertudung. Pada fikiran saya, watak itu mungkin tidak sesuai dengan imej saya.

    “Sejujurnya, saya lebih sukakan watak antagonis. Biarlah orang menyampah dengan saya. Bagi saya, watak seperti itu lebih memberi kepuasan berbanding karakter baik.

    “Kalau watak baik, saya hanya lontar dialog semata-mata tetapi tidak mencabar kredibiliti sebagai pelakon,” katanya. Sementara itu, ditanya apakah berpuas hati dengan bayaran diterima sebagai pelakon berpengalaman, Zila berkata, sebelum menerima tawaran, dia pastikan ada persetujuan antara semua pihak berhubung isu berkenaan.

    “Sebagai pelakon, perniagaan saya adalah bakat. Saya menjual bakat dan setiap artis ada kadar bayaran mereka. Dalam menentukan kadar, perkara itu memerlukan perbincangan antara kedua-duanya,” katanya. – Agensi

    Zila lebih gemar membawa watak antagonis kerana agresif dan mencabar. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...