Monday, May 29, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Zimbabwe batal peraturan COVID

    HARARE, 10 MEI – Kerajaan Zimbabwe hari ini menarik balik semua langkah membendung penularan wabak COVID selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu bukan lagi satu darurat kesihatan global, lapor Xinhua.

    Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Penerangan, Publisiti dan Perkhidmatan Penyiaran, Monica Mutsvangwa semasa taklimat media pasca kabinet hari ini.

    “Selepas WHO mengeluarkan kenyataan bahawa COVID bukan lagi darurat kesihatan global, kerajaan mengarahkan supaya pemakaian mandatori pelitup muka ditarik balik, semua langkah pencegahan COVID ditarik balik berkuat kuasa serta-merta dan pelancong tidak perlu lagi menyediakan sijil vaksinasi COVID di pelabuhan atau di pusat peranginan pelancong di seluruh negara,” kata Mutsvangwa. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -